NIKMAT BERBELANJA

EH (Malaysia) - - Sepintas -

Siapa yang tak suka shopping? Ada ke orang yang tak suka membeli? Kalau orang kata lelaki tak suka shopping, saya tak percaya. Lelaki sama macam perempuan, mereka suka berlawalawa. Siapa yang tak suka pakai baju atau kasut baru. Bezanya lelaki dengan perempuan ialah cara mereka membeli. Perempuan lebih teliti, mahu survey dari kedai ke kedai, bila sudah jumpa yang berkenan baru dibeli. Berbanding lelaki, mereka sudah tahu apa yang mereka mahu, apa jenama juga warnanya. Mereka datang, ambil dari rak, acu dan kalau suka terus bayar.

Hari ini trend membeli sudah pelbagai, jika dulu kita kena memandu, park kereta, pergi ke butik belek dan mencuba sendiri helaian yang mahu dibeli. Hari ini sudah berubah. Klik sana, klik sini dalam beberapa jam apa yang dibeli sampai di muka pintu. Malah barang dapur pun boleh dibeli di hujung jari. Dan hari ini bukan orang kaya saja boleh upah personal shopper, orang biasa pun sudah boleh pakai khidmat pembeli peribadi.

Kalau ditanyakan pada saya, sejujurnya saya masih suka membeli cara konvensional. Nikmat membeli lebih terasa. Belek, sarung di badan atau kaki, berjalan dan duduk bila mengacu, baru rasa seronok. Di London bulan lalu saya berborak-borak dengan Angeline (orang Chanel Malaysia). Kata dia, “kalau beli beg pertama (yang ribu-ribu harganya) eloklah beli sendiri, pengalaman membeli dan bayar sendiri takkan sama dengan yang dikirim dengan orang. Sudah simpan duit bertahun-tahun sayang jika tak rasa sendiri pengalaman membeli.”

Mengapa saya bercakap pasal shopping? Kerana bulan ini EH! mengetengahkan hal-hal beli-belah. Bila tiba musim baru pastinya kita mahu serikan gerobok baju dengan helaianhelaian baru. Dapat tambah dua tiga yang baru pun sudah seronok. Kami juga labelkan item-item pilihan dengan label ‘COOL’ dan ‘CRAZY’. Cool untuk item yang kami rasakan sesuai untuk anda yang mahu tampak relaks dan Crazy untuk anda yang sukakan sesuatu yang lebih loud. Kami saratkan juga edisi ini dengan trend fesyen dan solekan yang hangat di pentas fesyen sebagai rujukan. Jadi sebelum membeli kamu sudah tahu apa yang in apa yang out. Barulah trendy!

Isu ini juga kami tampilkan kolum baru, REALITI namanya. Halaman ini akan mengetengahkan isu-isu sosial, masalah-masalah yang masyarakat kita hadapi hari ini. Fokus kami bulan ini ialah tentang muflis. Dilaporkan seramai 25 ribu belia hari ini diisytiharkan bankrap, sebabnya bermacammacam, ada yang kerana tidak membayar hutang, ada kerana menjadi penjamin. Jadi molek benar isu muflis ini dibicarakan dalam edisi Smart Shopping ini. Dalam seronok membeli kenalah beringat.

Dan sewaktu kamu membaca nota ini, kami di EH! baru saja tamat mementaskan himpunan fesyen sulung kami bersama Fashion Valet di KLFW16. Ucapan terima kasih rasanya tidak akan cukup untuk menunjukkan betapa bersyukurnya kami atas sumbangan dan kerjasama mereka yang terlibat, baik Vivy (juga suaminya Fadza), Lisa, Nabila, Scha, Andrew Tan dan orang-orang yang menyumbang kepada kolaborasi ini. Dan sekarang kamu sudah boleh membeli helaian-helaian yang diilhamkan oleh tiga selebriti bersama EH! dan FV. Pada yang sudah membeli usah lupa muat naik gambar di laman sosial dan hashtag #EHxFV. PENGARANG

MAX MARA LANCOME FITFLOP DIANE VON FURSTENBERG CLARISONIC ANNA SUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.