DIANA DANIELLE

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Sebenarnya sampai ke hari ini saya masih menyimpan impian mahu menonton Hanyut. Sudah masuk kali ketiga saya menemu bual Diana ( yang pertama tahun 2012) namun peluang mahu menontonnya di bumi Malaysia belum kesampaian. Filem arahan U-Wei Haji Saari itu sudah pun ditayangkan di Indonesia pada tahun 2014 dan ditukar judulnya kepada Gunung Emas – Almayer. Reviu yang positif membuatkan saya ingin sekali menontonnya di layar lebar. Dan sewaktu temu bual ini berlangsung soalan tentang Hanyut menjadi pembuka bicara. “Farid sudah menonton Diana di dalam Hanyut?” tanya saya. “Saya jarang membawa Farid ke malam gala filem-filem saya. Saya tahu dia bukan seorang yang mudah untuk saya impress. Tetapi sewaktu Gunung EmasAlmayer ditayangkan di Indonesia saya bawa dia bersama-sama. And thank god, dia sukakan filem itu. Bahkan dia sendiri kagum dengan lakonan saya. Farid pada awalnya tak yakin saya boleh bawa watak Nina dengan baik. Saya dah buktikan padanya saya boleh.”

Sejak melahirkan anak keduanya Nur Aurora, nama Diana sedikit sunyi. Itu lumrah. Memang ramai selebriti wanita memperlahankan aktiviti mereka sebaik menimang cahaya mata baru. Perhatian kepada keluarga jadi keutamaan. Namun dalam kesibukan menguruskan keluarga Diana sebenarnya masih aktif mengatur pelan kerjayanya. Kata Diana bulan ini dia akan melancarkan single berjudul Segalanya Tentang Kita, sebuah lagu yang dicipta oleh DJ Fuzz yang mana lagu ini mempunyai sedikit pengaruh ritma reggae. Dalam masa yang sama juga Diana sibuk menguruskan kafe yang diasaskannya bersama beberapa orang rakan kongsi. Kafe yang dinamakan sebagai Born & Bread’s itu sudah beroperasi sejak Januari lagi.

“Rasa-rasanya bila D akan betul-betul aktif sebagai pelakon atau penyanyi?” tanya saya kepada pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson ini. “Tunggulah sehingga Aurora umur setahun. Walaupun saya dilihat tidak aktif berlakon namun itu tak bermaksud saya tak sibuk. Banyak hal lain (selain berlakon atau menyanyi) saya uruskan. Bulan ini saya dipilih SK-II untuk menjadi salah seorang juri untuk pencarian Beauty Bound Asia. Dan saya sudah mula ‘panaskan badan’ dengan berlakon untuk satu telemovie arahan Nizam Zakaria.”

“Bagaimana rutin kehidupan D hari ini?” saya bertanya. “Tiada rutin tertentu, ia berubah-ubah dari hari ke sehari. Tidak tetap. Tapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.