FASA-FASA KEHIDUPAN

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

“Saya seorang yang sangat degil. Rebellious. Sejak muda lagi saya memang seorang yang independent,” kata Diana bila saya tanyakan karakter dirinya dari fasa sebelum berkahwin hinggalah sudah memiliki dua cahaya mata. Saya sengaja bertanyakan hal ini kerana saya percaya dalam kehidupan kita melalui fasa berbeza dan pengalaman yang dikutip setiap hari membentuk karakter diri kita. “Sebelum berkahwin saya akan buat sesuatu perkara sepenuh hati, always take things to the limit. Semuanya tentang kerja, kerja dan kerja. Saya juga melihat diri saya sebagai seorang remaja biasa.”

“Dan bila berkahwin saya terpaksa korbankan banyak benda. Saya harus akui pada permulaannya sedikit sukar untuk saya membiasakan diri dengan status baru. Saya berkongsi banyak benda, tidak semua yang saya mahu lakukan boleh saya lunaskan kerana ada benda-benda yang perlu dirujuk pada Farid. Selain suami sendiri, saya mula sedar adakalanya kata-kata masyarakat atau orang sekeliling juga perlu diambil kira. Saya bersyukur kerana saya mendapat suami yang meletakkan kepercayaan 100 peratus. Bila saya bekerja lewat dia tak tanya bila mahu balik dan sebagainya. Dia faham. Kami bekerja untuk keluarga,” kongsi Diana tentang pengalaman awalnya berkahwin pada penghujung 2012.

“Bagaimana pula hari ini bila D sudah ada Muhammad dan Aurora?” saya mencelah. “Bila dah bergelar ibu apa yang saya mahu ialah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Apa saja yang saya buat mereka jadi keutamaan. Contohnya, katakan saya pandu kereta laju-laju, andai kata saya ditimpa kemalangan, yang akan terkena kesannya mereka juga. Saya rasa jika saya tak ada anak saya akan lost. Saya bersyukur jodoh saya tiba awal.”

“Saya rasa kalau saya tak ada anak saya hanya fikir mahu puaskan hati sendiri saja, dan sebagai manusia pastinya kita takkan pernah berasa puas. Hari ini saya harus berfikir panjang bila mahu buat sesuatu. Anak-anak adalah amanah, jadi adalah tanggungjawab saya untuk jaga dan pelihara mereka. Usah siasiakan anugerah yang Allah beri. Saya selalu teringat-ingat katakata Matthew McConaughey dalam filem Interstellar, ‘Once you’re a parent, you’re the ghost of your children’s future’. Apa-apa saja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.