“SAYA HIDUP DALAM DUA DUNIA”

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Seronoknya berbicara dengan Jue ialah dia seorang yang sangat kasual. Boleh ditanyakan apa saja dan dia sebaiknya cuba menjawab tiap butir soalan. Tidak pernah berasa kekok. Saya sendiri sudah mengenali Jue sejak tahun 2008 lagi.

“Bagaimana Jue distress?,” soal saya mengajak Jue berbual topik yang lebih santai. “Jika ada masa saya akan buat hot yoga. It’s fun. Untuk aktiviti yang lebih relaks saya lebih senang untuk pergi berurut. Itu cara saya pamper diri saya. Jika ada kawan saya akan main badminton. Hang out with close friends is good too.”

“Siapa kawan-kawan rapat Jue?” celah saya. “Jika yang betulbetul rapat kebanyakannya bukan dari industri. Saya selesa berkawan dengan kawan-kawan lama, mereka buat saya stay myself, stay grounded and stay humble. My friends keep me grounded. Saya percaya dalam hidup ini usah ada rasa hasad dengki. Sekali pun kita ada seseorang yang kita jadikan idola, someone we look up to, we need to be successful of our version.”

“Jue rasa wujud rasa dengki dalam industri seni?” selidik saya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.