TIP PENGGAYAAN

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

Gaya klasik adalah gaya yang paling selamat kala ke pejabat. Untuk mengelakkan ia menjadi bosan, suntikan satu item statement seperti kasut tumit, beg tangan ataupun perhiasan kemas untuk gaya yang memberi impak. Kemeja putih adalah item wajib yang perlu ada dalam setiap gerobok wanita bekerjaya. Cukup versatil untuk dipadankan bersama jaket mahupun dipakai begitu sahaja bersama celana formal berstruktur. Sentuhan warna terang pada helaian ke pejabat dapat membiaskan aura penuh keyakinan pada personaliti. Jika anda gemarkan warna lembut, pilihan material bertekstur akan memberi dimensi gaya yang lebih berkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.