Blogger juga pengasas label Aere, Raja Nadia Sabrina gemarkan helaian yang elegan, selesa dan paling utama, ia versatil untuk eksperimentasi gaya yang pelbagai.

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

Mulanya, Raja Nadia Sabrina bekerja sebagai seorang peguam. Pada masa sama dia mula berjinak dalam dunia blog yang menjadi pentas buat berkongsi minatnya terhadap fesyen. Berpeluang untuk memulakan label aere pada 2014, dia mengambil peluang ini untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam industri fesyen. Stail peribadi juga menarik perhatian ramai dalam menterjemahkan gaya yang sangat versatil. Dia bijak padu padan helaian yang sedia ada untuk menghasilkan look berbeza. Selain Coco Chanel, Karl Lagerfeld dan Mary-Kate & Ashley Olsen juga Yves Saint Laurent, dia memandang tinggi rekaan Elie Saab yang bukan sahaja menawan tetapi dapat membuat setiap wanita berasa istimewa dan elegan. Tambahnya, dia adalah pengumpul baju dan blaus kerana dia dapat melantangkan ekspresi diri melalui pelbagai aspek, lebih-lebih lagi yang mempunyai desain unik dan lain dari yang lain. Menurut Raja Nadia Sabrina, fesyen itu adalah satu seni yang memainkan peranan besar dalam hidupnya. It’s a daily self-expression that we make based on our style, mood and experience.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.