LOTTIE MOSS

EH (Malaysia) - - ‘it Girl’ -

Wajah milik gadis berusia 18 tahun ini mula mencuri perhatian ketika muncul sebagai pengapit di majlis perkahwinan kakak tirinya, Kate Moss pada Julai 2011. Walau bagaimanapun, faktor usia yang terlalu muda menghalangnya untuk terus terjun ke lapangan fesyen. Hanya pabila usianya mencecah 16 tahun, Lottie mengikat kontrak bersama Storm Model Management yang juga merupakan bekas agensi kakaknya dahulu. Punya wajah dan gaya persis kakaknya, dia turut mengikut jejak langkah Kate Moss bila terpilih membintangi kempen koleksi kapsul Calvin Klein. Label Amerika Syarikat ini juga yang meletakkan nama Kate Moss di peta fesyen dunia. Walaupun hanya berketinggian 5 kaki 5 inci tidak membataskan dia untuk berjalan di minggu fesyen. Buat julung kali Lottie berjalan untuk Sonia Rykiel ketika Minggu Fesyen Paris. Selain menghiasi tiga muka depan L’Officiel Netherlands, terpilih membintangi muka depan Vogue Paris bersama Lucky Blue Smith telah mengukuhkan lagi namanya sebagai antara nama baru yang paling hangat hari ini. Tidak terkejut jika dia akan terpilih menjadi muse pereka ternama dalam masa terdekat nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.