MEREKA YANG DIANGGAP BERISIKO MUFLIS

EH (Malaysia) - - Realiti -

The Star pernah mengeluarkan satu artikel mengenai bankrap di kalangan belia bawah usia 35 tahun, hampir 25,000 rakyat Malaysia diisyitihar bankrap sepanjang 2010 hingga 2015. Secara puratanya 13.7 orang diisytihar bankrap setiap hari. Mereka menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang termasuk pinjaman kereta, pinjaman rumah dan pinjaman peribadi malah mereka yang menjadi penjamin kepada penghutang yang ingkar untuk membayar pinjaman mereka juga berisiko untuk diisyitharkan bankrap.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, bankrap adalah satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00. Permohonan kepada mahkamah boleh dibuat oleh pemiutang mahupun penghutang sendiri. Seseorang yang diisytihar bankrap pula harus melaporkan semua mengenai harta dan tanggungannya kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk ditadbir.

Golongan yang berisiko untuk berhadapan dengan bankrap adalah mereka yang gagal membayar balik pinjaman bank. Kebanyakan daripada penghutang ini adalah mereka yang kurang pengetahuan dalam pengurusan penggunaan kad kredit atau pinjaman dengan bank sehingga menyebabkan ada tunggakan kadar faedah dan bayaran balik pinjaman yang kian bertindan. Mereka yang diisytihar bankrap akan dikenakan beberapa sekatan seperti sekatan keluar negara, memegang jawatan seperti pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan dan keperluan untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah pemiutang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.