PUNCA-PUNCA MUFLIS

EH (Malaysia) - - Realiti -

Kurangnya disiplin dalam pengurusan kewangan antara punca utama bankrap. Malah ramai golongan belia (termasuk saya sendiri) mempunyai pelbagai tanggungan sebaik sahaja mendapat kerja pertama termasuk pinjaman pengajian, kereta serta kad kredit. Mengikut kajian yang dijalankan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pada tahun 2013, 37 peratus golongan belia berbelanja lebih daripada kemampuan dan kebanyakan daripada mereka membeli barangan berjenama dan gajet terkini akibat tekanan daripada rakan sebaya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong pula mengatakan 1,770 kes bankrap direkodkan akibat gagal membayar hutang kad kredit daripada keseluruhan 18,457 kes muflis sepanjang tahun 2015. Tambahnya lagi statistik Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh 20112015 mendapati dalam kebanyakan kes khususnya pada tahun 2015, isu bankrap paling tinggi disebabkan oleh pinjaman peribadi diikuti isu sewa beli kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.