RANCANG KEWANGAN

EH (Malaysia) - - Realiti -

Kaedah (1) dan (2) melibatkan pemfailan permohonan oleh individu yang bankrap ke mahkamah manakala kaedah (3) pula melibatkan pemfailan permohonan kepada KPI. KPI mempunyai kuasa untuk melepaskan individu yang bankrap dengan mengambil kira beberapa kriteria tertentu khususnya kerjasama yang diberikan kepada KPI dalam pentadbiran kes bankrap Bila baca mana-mana artikel mengenai kewangan, pasti akan terselit mengenai cara perancangan kewangan yang betul. Tanya diri sendiri dan jawab dengan jujur satu soalan ini, adakah anda masih memiliki wang lebih di hujung bulan? Jika ya, tahniah, anda mungkin tahu bagaimana untuk mengawal nafsu dan berbelanja hanya mengikut keperluan. Jika tidak, sudah tiba masanya untuk anda menguruskan kewangan dengan lebih bijak.

Ada pelbagai cara untuk mengawal perbelanjaan namun yang paling penting adalah pemahaman mengenai urusan kewangan sendiri. Langkah paling mudah adalah dengan mengadakan pelan kewangan dan membahagikannya kepada tiga. Kenal aset seperti tunai di tangan, akaun semasa, akaun simpanan, harta serta insuran dan liabiti seperti pinjaman dan kad kredit. Dengan ini, ada boleh tahu keadaan kewangan anda jadi lebih mudah untuk anda melihat baki di hujung bulan. Asas dalam pengurusan kewangan peribadi adalah dengan memastikan pendapatan Tetapkan matlamat untuk jangka masa pendek, panjang dan saraan. Ketika kecil kita sering mendengar nasihat mengenai menabung. Matlamat jangka pendek boleh menjadi untuk travel sebagai ganjaran diri sendiri, matlamat jangka panjang pula adalah untuk simpanan tahun-tahun akan datang manakala matlamat saraan adalah pendapatan kewangan selepas bersara. Ini penting terutamanya bagi mereka yang bekerja di syarikat swasta. Beringat sebelum kena harus menjadi prinsip hidup seseorang pabila berkaitan dengan kewangan. Tidak salah untuk berbelanja sekali sekala sebagai ganjaran penat bekerja namun mentaliti tersebut seringkali menyebabkan kita mudah tersasar jika tidak dipantau dengan teliti. Lebih menakutkan kini keluar pula satu artikel di Astro Awani yang mengatakan bahawa lebih separuh daripada pinjaman perumahan ditolak permohonannya setelah disenarai hitamkan kerana tidak membayar balik pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Hutang tidak akan pergi namun anda boleh belajar untuk langsaikannya perlahan-lahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.