JIKA BERPELUANG UNTUK BERTUKAR HIDUP DENGAN SESEORANG UNTUK SATU HARI,DENGAN SIAPA MENJADI PILIHAN?

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Pada mulanya, saya tidak menyangka akan menyertai pertandingan sebegini namun saya berjaya melepasi beberapa cabaran dan berada antara Top 5. Selepas pertandingan tersebut saya memuat naik beberapa video nyanyian di Youtube. Awi Rafael ketika itu sedang mencari bakat baru jadi dia mencadangkan saya menubuhkan kumpulan bersama Harris Baba. Namun kini Harris kini terbang solo namun ini tidak bermakna saya dan Awi tidak akan meneruskan rancangan kami. Saya pula di bawah naungan Uprising Entertainment dan mula berlakon dalam filem Alien Planet Cinta bersama Fattah Amin yang juga teman baik saya. Selain itu, saya ada berlakon drama bersama Tiz Zaqyah dan Amar Bahrin berjudul Akadku Yang Terakhir. Saya ingin menjadi Tun Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kerana saya ingin tahu apa perasannya mentadbir negara. Hanya untuk satu hari sahaja, jadi tidak rugi mencuba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.