WHAT THE MERCURIAL

EH (Malaysia) - - Dunia + Lelaki -

Desain bertema What The mula diperkenalkan pada 2007 pabila Nike Skateboard menggunakan campuran warna pada kasut Nike SB What the Dunk. Diikuti oleh What the Kobe pada 2012 untuk meraikan kasut bola kerangjang signatur Nike. Kini, Nike menyuntik elemen eklektik ini pada but bola sepak yang menyaksikan 18 warna dari rekaan Mercurial terdahulu disatukan mencipta but Superfly. Hadir bersama kotak retrospektif What The Box dan beg drawstring What The Bag yang menampilkan garis waktu but ikonik Mercurial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.