FILEM POPSTAR PENGARAH LAKON LAYAR PELAKON VERDIK

EH (Malaysia) - - Liha + Dengar + Baca -

JNever Stop Never Stopping Akiva Schaffer & Jorma Taccone Andy Samberg, Akiva Schaffer & Jorma Taccone Andy Samberg, Akiva Schaffer, Jorma Taccone & Sarah Silverman ika anda belum berpeluang menonton filem mockumentary ini, carilah masa menontonnya. Filem ini refreshing, daring, different dan kelakar walaupun akan ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Andy Samberg, Akiva Schaffer dan Jorma Taccone menubuhkan The Lonely Island pada tahun 2001 dan mula menempa nama selepas muncul dalam Saturday Night Live pada 2005. Dinamik trio ini mencuit hati dan kreatif, dan ini dibuktikan pabila mereka menang di Anugerah Akademi ke 87 dalam kategori Best Original Song hasil kolaborasi bersama Tegan and Sara.

Namun begitu filem ini tidak menampilkan The Lonely Island sebaliknya mereka memainkan watak trio fiksyen The Style Boyz. Dokumentari Justin Bieber: Never Say Never, mungkin menjadi ilham di sebalik karakter utama Conner4Real (lakonan Andy). Tidak dapat dinafikan juga ada yang berpendapat Conner4Real seperti mempersendakan Justin, lihat sahaja dari segi pakaian dan lakonan Andy. Parodi ini menampilkan watak Conner4Real sebagai artis solo terkenal selepas berpisah dengan The Style Boyz.

Conner baru sahaja selesai merakam album kedua Connquest dan bakal ke world tour untuk mempromosikan album tersebut. Biarpun didamba oleh peminat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.