“HE MAKES ME FEEL GOOD”

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Tidak sempurna temu bual saya bersama Izara andai tidak ditanyak sedikit tentang kisah cintanya bersama Adib Khalid, anak kepada Datuk Seri Khalid yang juga suami kepada penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Bilang Izara hubungannya dengan Adib sudah terjalin selama tiga tahun. “Sebenarnya kami sudah kenal sejak sekolah lagi, dan dulu-dulu memang pernah Adib cuba dekati Izara. Tapi waktu itu saya tak layan, lagipun memang saya sudah ada boyfriend waktu itu. Saya seorang yang setia, bila dalam perhubungan hati saya terbuka untuk seorang lelaki saja.”

Kongsi Izara lagi, dia dan Adib mula rapat sejak hubungan cinta lamanya putus. Pelakon Ummi Nazeera yang ‘memperkenalkannya semula’ dengan Adib. “Adib memang rapat dengan Kak Ummi, jadi dia yang minta Kak Ummi kenalkan dia pada Izara. Dari mula berkawan itulah kami mula rapat. “Dia seorang yang cukup memahami, bertanggungjawab dan dia punya ciri-ciri seorang ketua yang baik. Karakternya yang buat dia outstanding. Eloknya Adib ialah dia suka buat saya berfikir. Dia mengajar saya untuk jadi seorang yang yakin, tegas dan mesti berfikir sebelum bertindak.” Pabila ditanya tentang persamaan karakter antara Adib dan ayahnya, kata Izara kedua-duanya berkongsi sifat tegas. “Sama seperti ayahnya, Adib sangat garang dan fokus pada setiap apa yang dilakukan. Saya rasa ketegasan itu diwarisi daripada ayahnya.” Tambah Izara lagi, Adib adalah seorang lelaki yang cukup romantik. Adib tahu bagaimana mahu melayannya, dan bila ditanya tentang perkara paling romantik pernah Adib lakukan, balas Izara “setiap hari dia melayan saya dengan baik. Sentiasa romantik. He makes me feel good. Saya rasa tidak akan ada lelaki lain yang boleh melayan saya lebih baik sebagaimana Adib melayan saya.” “Apa bezanya Adib dan Izara?” “Hmmm... Adib suka R&B hip hop dan saya suka Hindustan... ha ha ha..”

Saya bertanyakan pada Izara andai dia dan Adib ada berbicara tentang perkahwinan memandangkan hubungan mereka sudah pun mencecah usia tiga tahun. Jelasnya, perbincangan itu ada cuma belum ada tarikh yang tepat untuk dikongsikan. “Tapi jangan tulis fasal saya dah bersedia nak kahwin kat cover depan ya, nanti orang ingat saya nak kahwin pula. Tapi sejujurnya memang saya dan Adib ada bercakap soal kahwin, tapi tunggulah bila dah dapat tarikh akan Icha kongsikan. Tapi bukanlah dalam waktu terdekat.” Kata Izara lagi kalau boleh dia mahu melangsungkan perkahwinan terus tanpa perlu bertunang. Itu lebih mudah katanya. Di media sosial, kerap juga saya melihat gambar-gambar Izara bersama Datuk Siti Nurhaliza. Hubungannya dengan keluarga Adib dilihat cukup akrab. Sesekali saya nampak juga Datuk Siti meninggalkan komen di akaun Instagram Izara. “Izara rapat dengan Datuk Siti?” tanya saya. “Rapat. Sangat rapat. Mak Iti baik dan ramah orangnya.” “Menerusi pemerhatian Izara, bagaimana hubungan Datuk Siti dan Datuk Seri Khalid? Mereka romantik tak?” “Mereka berdua macam pasangan remaja baru bercinta. Romantik sangat,” balasnya menutup perbualan dengannya di hujung telefon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.