TIP PENGGAYAAN

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

Pentas peragaan utama turut menyaksikan pereka lari dari rekaan #normcore dengan mempersembahkan koleksi yang lebih eksentrik seperti label Moschino di bawah arahan kreatif Jeremy Scott. Ceduk inspirasi pentas peragaan Moschino untuk memberi nafas baru yang lebih menyeronokan pada gerobok fesyen anda. Selain helaian cetak dan mainan warna, aksesori turut memainkan peranan utama dalam menghidupkan elemen quirky pada penggayaan. Sarungkan sepatu berwarna seperti merah jambu, kuning mahupun hijau untuk mengelakkan anda kelihatan membosankan. Elemen quirky juga boleh diaplikasikan kala melangkah ke pejabat. Selain kemeja polos, anda boleh memadankan blaus corak bersama blazer dan skirt untuk memberi kelaian pada gaya profesional anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.