50 TAHUN ONITSUKA TIGER STRIPES

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Dalam meraikan ulang tahun ke-50 Onitsuka Tiger Stripes, label ikonik Jepun ini yang diasaskan pada 1949 oleh Kihachiro Onitsuka telah menganjurkan satu pameran di Pedder On Scotts. EH! bersama rombongan media Malaysia diterbangkan khas ke kota Singapura untuk memeriahkan acara M66: Of Different Stripes. Pameran ini menyaksikan Onitsuka Tigers berkolaborasi bersama 50 artis dan personaliti dari Singapura dalam memberi penghormatan kepada kasut MEXICO 66 dengan suntikan kreativiti tersendiri. Selain itu, tetamu turut berpeluang menyaksikan koleksi kasut Onitsuka Tiger vintaj seperti LIMBER (1961), LIMBER (1966) yang pertama menggunakan Onitsuka Tiger Stripes, RUNSPARK DS-SP (1966) dan LIMBER BK (1967) yang merupakan kasut versi istimewa untuk Sukan Asia di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.