KOLABORASI KATE SPADE & MINNIE MOUSE

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Musim ini, Kate Spade berkolaborasi dengan ikon kartun dunia iaitu Minnie Mouse dengan melancarkan koleksi Kate Spade New York for Minnie Mouse. Himpunan yang merangkumi beg tote, baju panas dan beg kepit ini menggunakan elemen bintik polka dan riben yang boleh didapati pada Minnie Mouse sendiri dan di kebanyakan rekaan Kate Spade sebelum ini. Koleksi istimewa ini boleh didapati di butik Kate Spade di Pavilion KL, Imago Mall Kota Kinabalu dan Gurney Paragon Penang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.