KOLEKSI LELAKI

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

S warovski diperkenalkan sekitar 1895 oleh Daniel Swarovski I, yang juga seorang saintis. Berasal dari Bohemia, Eropah yang sememangnya terkenal dengan penghasilan barangan kaca, Daniel adalah orang pertama mencipta mesin memotong dan mengilap batu kristal. Inovasinya itu disambut baik oleh rumah fesyen terkenal seperti Chanel dan Christian Dior untuk menggunakan batu kristal Swarovski dalam himpunan aksesori mereka serta kristal ini menjadi simbolik esensi utama pada kurun ke-20.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Swarovski, Robert Buchbauer jenama ini semakin terus berkembang dalam mengekalkan posisi terbaik sebagai pengeluar barangan kristal paling berprestij. Rekaan yang sofistikasi dan mampu milik ternyata antara strategik sukses Swarovski untuk lebih dikenali oleh generasi milinieum. Kepakaran dan teknologi yang sudah lama dipratikkan masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Pada musim panas/ bunga 2011, Swarovski menampilkan koleksi pertama istimewa untuk lelaki. Rekaan lebih bertenaga, urban, elegan dan futuristik. Ia ibarat satu era baru buat seluruh keluarga Swarovski.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.