TAYLOR HILL

EH (Malaysia) - - ‘It Girl’ -

Menjenguk akaun Instagram milik peragawati kelahiran Amerika Syarikat ini, pasti ramai yang akan mengangumi kecantikan semula jadi terutamanya pada kening tebal dan rambut ikal yang menjadi signature. Nama Taylor Marie Hill semakin hangat di persada fesyen sejak berjalan di pentas Victoria’s Secret pada 2014. Baru mencecah usia 20 tahun, dia terpilih sebagai Victoria’s Secret Angle pada 2015 lantas meletakkannya sebaris dengan supermodel dunia seperti Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Behati Prinsloo dan Candice Swanepoel. Bukan itu sahaja, dia turut menjadi rebutan rumah-rumah fesyen utama untuk berjalan di minggu fesyen, antaranya Chanel, Fendi, Balmain, Atelier Versace, Dolce & Gabbana, Miu Miu dan banyak lagi. Terbaru, dia mendapat gig yang menjadi rebutan dan mengikut jejak langkah Lupita Nyong’o dan Lily Collins sebagai wajah wakilan untuk label kecantikan ikonik Perancis, Lancôme dan akan membintangi kempen terbaru mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.