INI?

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

APA YANG MEMBUATKAN SOLEKAN ANDA BERBEZA DENGAN JURUSOLEK LAIN?

Setiap kali merias wajah model atau selebriti, perkara utama yang saya sering tonjolkan adalah kulit. Saya tidak gemar menukar wajah dengan teknik contouring, sebaliknya memberi olesan yang tampak natural dan berseri seperti kulit sendiri.

APA YANG ANDA SUKAKAN TENTANG VELVET LIP GLIDE TERBARU DARI NARS?

Apa yang menariknya tentang Velvet Lip Glide ini adalah ia memberi warna dan tekstur yang sihat, tidak terlalu bersinar dan semi pusam. Tambahan pula ia tidak mengeringkan bibir.

WARNA KEGEMARAN ANDA DALAM KOLEKSI VELVET LIP GLIDE?

Saya gemar warna-warna yang bold seperti merah coklat atau warna terang. Buat koleksi ini Velvet Lip Glide warna Area dan No 54 adalah yang paling saya gemari.

APAKAH TIP ISTIMEWA UNTUK MENGAPLIKASIKAN GINCU TERBARU DARI NARS

Saya sarankan anda calitkannya pada bibir yang polos, dan untuk menghasilkan definisi yang lebih kemas gunakan penggaris bibir. Dan jika mahu efek lebih semula jadi, calitkan gincu ini pada tangan dan aplikasikanya dengan menepuk lembut pada bibir menggunakan jari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.