CLARINS GROUP RAIKAN KEJAYAAN SOLAR IMPULSE

EH (Malaysia) - - Berita + Acara Cantik -

Dalam membantu usaha untuk menggalakkan tenaga yang bersih, Clarins Group telah berkerjasama dengan inisiatif Solar Impulse sejak tahun 2008 lagi. Dan tahun ini sekali lagi kempen ini telah berjaya membuat jelajah seluruh dunia dan pada 26 Julai lepas Abu Dhabi menjadi destinasi akhir mereka. Bebas penggunaan minyak, bebas pengeluaran wasap adalah antara misi yang ingin dikecapi Clarins untuk planet kita di masa hadapan. Selain itu, jelajah ini juga bertujuan untuk menguji salah satu produk Clarins. Bertrand dan Andre Borschberg yang menjayakan jelajah Solar Impulse ini dilatih selama berbulanbulan melakukan meditasi, hipnosis diri dan yoga untuk menghadapi situasi ekstrem sepanjang penerbangan. Clarins membantu dengan memberi salah satu produknya iaitu Clarins UV+ sebagai perlindungan kulit. Dan sememangnya produk ini cukup efektif, kerana ia berjaya menyaingi situasi ekstrem yang dihadapi mereka. Terbukti berkesan di mana saja!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.