KEMPEN KOSE SAVE THE BLUE 2016

EH (Malaysia) - - Berita + Acara Cantik -

Menyedari betapa pentingnya kehidupan terumbu karang, jenama kecantikan KOSE telah mengadakan kempen KOSE Save the Blue 2016 dengan kerjasama Ocean Quest, sebuah syarikat sosial Asia Tenggara yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan dan pemulihan terumbu karang. Sepanjang kempen ini, KOSE akan menderma sebanyak dua peratus daripada hasil jualan produk Sekkisei Lotion 500ml Save the Blue edisi terhad dan Sekkisei Herbal Gel. Sumbangan tersebut juga akan membantu dalam program kesederan Ocean Quest termasuk bengkel pembiakan terumbu karang yang mengajar peserta teknik yang betul dalam pembiakan terumbu karang dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan kerja-kerja pemulihan terumbu karang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.