RAWATAN KULIT KEPALA UNTUK WANITA BERHIJAB

EH (Malaysia) - - Berita + Acara Cantik -

Kerastase memperkenalkan Specifique iaitu satu protokol rawatan kulit kepala yang dicipta khusus berdasarkan keperluan kulit kepala. Dan kesihatan kulit kepala seharusnya menjadi perhatian utama lebih-lebih bagi wanita yang berhijab. Biar terlindung, kulit kepala mestilah bersih, bebas kelemumur, tidak berkuping ataupun gatal-gatal. Rawatan ini boleh dijalankan di salon juga di rumah, namun di salon pastinya lebih sempurna. Bermula dengan pemeriksaan kulit kepala, mencuci, urutan kepala hinggalah rawatan. Kerastase memperkenalkan tiga fokus berbeza dalam rawatan ini berdasarkan keperluan juga masalah kulit kepala lazim iaitu kelemumur, kulit kepala berminyak dan sensitif. EH! sendiri sudah mencuba rawatan ini di Grace Salon, Bangsar Village II. Anda bila lagi?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.