SEKETIKA BERSAMA

EH (Malaysia) - - Berita + Acara Cantik -

EH! sempat mencuri masa seketika untuk menemu bual Garance Blanche yang terbang dari Paris ke Kuala Lumpur sewaktu majlis pelancaran By Terry Rouge-Expert Click Stick. Gincu baru daripada By Terry ini adalah gincu hibrid yang punya kehebatan 3 dalam 1 dan hadir dalam 25 warna. 1 Apakah stail solekan yang sesuai dengan semua wanita di seluruh dunia? Gincu merah. Ia satu trend solekan yang malar segar dan sesuai dengan sesiapa sahaja. 2 Dalam solekan, how much is too much? Semuanya bergantung kepada situasi. Mana-mana wanita boleh bersolek tebal tapi biarlah kena dengan tempatnya. Jika anda bersolek tebal ke majlis istimewa, ia tidak dikira too much, tetapi jika anda mengenakan solekan tebal ke pejabat (gaya solekan yang sama seperti ke majlis makan malam) itu baru dianggap too much. 3 Pilih satu, bold lips atau bold eyes? Saya sukakan bold lips. Itu antara cara mudah untuk menyerlahkan solekan. 4 Siapakah ikon cantik anda? Semestinya Audrey Hepburn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.