KOLABORASI FESYEN LANEIGE Jenama kecantikan Korea ini meneruskan projek Laneige Meets Fashion, dan tahun ini mereka bekerjasama dengan Lucky Chouette.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

S aban tahun Laneige akan melancarkan himpunan edisi terhad, yang mana himpunan ini menyaksikan kerjasama Laneige dengan label fesyen dalam usaha menyatukan fesyen dan kecantikan. Tahun ini Laneige menyunting Lucky Chouette, iaitu ‘adik’ kepada Jardin de Chouette (satu jenama fesyen terkenal di Korea).

Lucky Chouette cukup terkenal dengan identiti gaya jalanan yang dipercikkan dengan elemen grafiti. Chouette adalah perkataan Perancis yang membawa maksud burung hantu, dan kerana itulah lakaran burung hantu sangat sinonim dengan label fesyen ini. Untuk himpunan yang dinamakan sebagai LANEIGE X Lucky Chouette ini, mereka memperkenalkan dua karakter burung hantu iaitu Bella dan Vely.

Bella Chouette, burung hantu merah jambu menterjemah karakter penuh yakin, bersemangat dan persuasive. Bella juga seorang yang lantang dan senang berkongsi pendapat. Karakter Vely pula lebih feminin, penyayang, sedikit pendiam dan juga pemalu. Kedua-dua karakter burung hantu ini diabadikan pada bekas koleksi istimewa LANEIGE X Lucky Chouette ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.