HADIAH BUAT BIBIR

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Dalam kesibukan pelbagai jenama melancarkan gincu dalam pelbagai tekstur juga warna, Laneige cuba mencipta kelainan pabila mereka melancarkan Serum Drop Tint (RM75), iaitu satu produk yang tidak hanya mencecah warna pada bibir malah dalam masa yang sama memelihara bibir agar tampak sihat dan mudah diadun dengan gincu.

Diperkaya dengan serum minyak, ia dicipta untuk memelihara kondisi bibir agar sentiasa tampak lembut dan sihat. Ia mengandungi Berry Mix Complex, kaya dengan vitamin C dan anti-oksidan. Ia juga memastikan bibir kekal lembap. Pigmen minyak dan air disatukan sebagai satu lapisan lembapan pada bibir lantas menyerlahkan warna bibir dan mencipta efek serakan merah pada bibir (bibir nampak merah semula jadi) sekaligus membuatkan bibir nampak lembap dan berkilat, efek glos yang mencerminkan kondisi bibir yang sihat.

Serum Drop Tint ini hadir dalam 10 warna antaranya dinamakan sebagai Punky Dream, Runway Pink, Marilyn Red dan Urban Coral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.