TREND KECANTIKAN MUSIM LURUH 2016

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Menurut Joji Tsuchiya, trend kecantikan musim luruh 2016 Laura Mercier terbahagi kepada dua iaitu solekan smokey eyes dengan kulit nude serta solekan sheer nude dengan kontur minimal. Kami berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana dia mencipta kembali solekan smokey eyes menawan. LANGKAH 1 (Bedak asas) Sapukan bedak asas Candleglow Luminous Foundation pada wajah. Joji menyapu bedak asas pada bahagian luar wajah kemudian diadun dan diserakkan hingga ke sekitar hidung. LANGKAH 2 (Penyamar noda) Joji kemudian menyapu Secret Concealer dengan menggunakan secret Camouflage Brush pada bahagian bawah dan hujung mata. Dia melengkapkan solekan dengan Secret Brightening Powder For Under Eyes bagi memastikan ia tidak comot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.