MENGAPA KUSYEN?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

EH! menyenaraikan enam fakta mengenai cushion foundation yang hangat di pasaran, untuk anda nilai sendiri berbaloikah penggunaan bedak asas kusyen kompak ini? Jika tidak berbaloi dan efektif masakan produk yang bermula di Korea ini cukup hangat diperkatakan. Ayuh ketahui keistimewaannya berbanding bedak asas biasa atau tinted moisturizer yang kita sedia selesa untuk dipakai sekarang.

Pasti anda tertanya-tanya apa fungsi kusyen yang diresapkan dengan cecair bedak asas bukan? “Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada formulanya, iaitu ia mampu menukar formula cecair kepada emulsi yang ringan,” kata Nathalie Paiva, Pengarah Pemasaran Amore Pacific Korea. Ia diperbuat dengan material yang sama seperti cap Asia kuno di mana ia mengawet cecair di dalam keadaan yang optimal. Senang kata, ia membuatkan formula bedak asas itu sendiri lebih ringan dan memberikan jumlah yang secukupnya pada setiap sapuan. Jadi sukar untuk anda lihat hasil kemasan yang bertompok atau bercapuk dengan penggunaan Cushion Foundation.

Dior Capture Total Dreamskin Perfect Skin Cushion Cream, RM280

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.