KULIT ANJAL SECARA HARMONI

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Diasaskan daripada bunga immortelle dan alga Jania Rubens, L’Occitane melebarkan lagi rangkaian kesihatan wajah menerusi koleksi Harmonie Divine. M endapatkan produk yang mujarab dan sesuai dengan jenis kulit bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi kebanyakan produk kecantikan kini mengandungi bahan kimia merbahaya. L’Occitane mengkaji hal tersebut dan meneroka sumber terbaru yang lebih natural, berunsur alam semula jadi dan selamat buat kulit wajah.

L’Occitane percaya bahawa kunci untuk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit adalah dengan mengelakkan dari tekanan juga mengekalkan keharmoni dari dalam, dari situ wajah tampil lebih tenang dan senang menerima manfaat produk yang diaplikasikan. Diinspirasikan daripada unsur alam, tanah dan laut, L’Occitane memulakan program penanaman alga Jania Rubens yang mampu mengembalikan keremajaan kulit. Diadun juga bersama bunga immortelle yang merangsang pertumbuhan tisu kulit baru menjadikan ia gabungan paten yang berkuasa melawan kesan penuaan! HARMONIE DIVINE SERUM 30ml Serum berkuasa ini diperkaya dengan 5,000 titisan mikro mutiara immortelle Millesimee, juga gel jernih Jania Rubens yang memberi hasil kulit lebih gebu dan tampil lebih remaja. Setiap titisan mikro serum ini turut diperkaya dengan bahanbahan asli seperti Myrtle, Camelina, Evening Primrose dan Borage. Dengan setiap pam, serum berkhasiat ini memberi salutan yang selesa pada permukaan kulit dan meninggalkan rasa gebu dan licin seperti sutera.

Hasil Kajian mendapati tekstur kulit dan kedutan tampil lebih licin 95 peratus, Garis halus semakin pudar 93 peratus* raut wajah tampil lebih anjal 95 peratus, raut wajah tampak lebih menawan 78 peratus*, kulit pipi tampak lebih gebu 91 peratus dan kegebuan wajah tampil lebih seimbang 85 peratus* HARMONIE DIVINE CREAM 50ml Krim pelembap yang meresap dengan pantas. Digabungkan bersama ekstrak berkuasa Immortelle Millesimee, Mirtle, Camelina, Evening Primrose dan Boraj, ia memberi sentuhan yang selesa bagi mengaburkan garisan halus dan memberi keserian serta tekstur wajah yang lebih gebu. Diperkaya dengan 90 peratus bahan semula jadi, krim pelembap ini menghidrasi kulit dengan lebih efektif dimana ia bertukar menjadi minyak apabila berada di atas permukaan kulit kemudian membantu membaik pulih sel kulit wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.