LA MADELEINE

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

kepada perfumer Fabrice Pellegrin untuk mencipta wangian terhad Essences Insensees kali ini. Wangian ros Centifolia, atau ros kubis dari Provence ini adalah salah satu tumbuhan yang jarang dijumpai di Riviera. Iklim di sini dilindungi oleh angin, kelembapan dari gunung berhampiran menyuburkan tanah dan matahari di selatan menghasilkan satu aroma yang cukup lembut. Untuk wangian ini Fabrice Pellegrin fokus pada aspek penting pada ros ini. Patinya yang yang menghasilkan satu lilin yang cukup pekat. Ia diperolehi selepas beberapa proses ekstrak daripada kelopak yang dipetik sendiri. Apabila dipercikkan pada kulit wangian Essences Insensees 2016 aromanya terbukti cukup mengasyikkan apabila nota ros tadi digandingkan bersama madu dan buah-buahan merah. “Saya menggunakan ekstrak ros yang berbeza namun cukup harmoni untuk menghasilkan komposisi unik wangian ini.” Hadir dengan tekstur solid di dalam bekas hitam menawan, juga cecair wangian di dalam botol kaca unik rekaan Waltersperger yang berbentuk geometrik juga dengan potongan permata halus. Kata Arturo Franco, Waltersperger, botolnya berbentuk vintaj supaya ia tidak akan tampak sama dengan wangianwangian sekarang. Proses pembuatan botol kami masih lagi secara manual, jadi kami lebih flesksibel dalam menghasilkan rekaan yang unik. Satu kisah lampau yang membuatkan Myriam Badault, Pengurus Pembangunan Produk Diptyque mendapat satu inspirasi untuk koleksi terhad lilin dalam Collection 34 tahun ini. Kek Madeleine, cukup lembut dengan suntikan rasa lemon menyegarkan sama seperti yang disebut dalam karya sastera Marcel Proust dalam jilid pertama Swann’s Way, Remembering The Past. Jadi Myriam terus meminta perfumer Fabrice Pellegrin untuk menghasilkan lilin aroma yang mampu membuat orang terkenang-kenang. Dia menceritakan tentang kek madeleine Dax yang cukup terkenal oleh bakeri Cazelle yang ditubuhkan pada1909. Tiada siapa yang tahu betapa banyak kek Madeleine yang dicuba dalam menghasilkan formula sempurna untuk lilin unik ini.

“Untuk menghasilkan wangian ini, saya menangkap molekul aroma yang diberikan Madeleine. Saya menggunakan analisis saintifik sebagai asas kemudian fokus pada nota lemon yang ada. Aroma manis pastri perlu dihasilkan bagai magnet, yakni membuat orang sentiasa menginginkannya,” kata Fabrice. Bekas porselin menawan untuk lilin ini pula adalah hasil kerja NG Oficina de Porcelanas di Portugal. Teksturnya lebih berkapur dan seakan berpasir digabungkan bersama kemulusan lapisan cat kilat pada bahagian bekas.

Essences Insensees Solid Perfume 3.6GM, RM269

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.