LA COLLECTION 34

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Saban tahun La Collection 34 akan melancarkan koleksi terhad yang berbeza. Bermula dengan pelancaran sulungnya pada tahun 2014, segalanya berinspirasikan aura dari butik pertama Diptyque yang terletak di 34 Boulevard Saint Germain. Dahulu, tiga pengasas Diptyque iaitu Christiane Gautrot, Desmond Knox-Leet dan Yves Coueslant sememangnya gemar menjual barangan koleksi terhad. Dan sehingga kini ia masih dipengaruhi dengan kombinasi barangan unik yang diperkenalkan oleh Diptyque. Kini setiap koleksinya bagaikan membuka satu lembaran baru, iaitu satu kemewahan yang sempurna.

Diptyque sentiasa mengukir keghairahan pada setiap objek dengan perasaan. Sebaik saja tiga pengasas tadi membuka butik pertama mereka di 34 Boulevard Saint Germain, mereka menayangkan semua hasil koleksi mereka yang unik bersama kain upholsteri mereka. Rantai manik kaca, dompet yang dijahit tangan, potpuri yang dicampurkan mengikut inspirasi mereka yang berubah-ubah. Dengan itu 2014 menjadi permulaan koleksi terhad objek dan wangian. Tahun ini Diptyque membawakan inspirasi yang lebih unik dan istimewa dengan koleksi terhad terbaru yang mana membawa kita menikmati kecantikan yang tidak lapuk dek zaman hasil rekaan generasi dahulu hingga sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.