BERSAMA OLIVIA GRIMAUX, PENGARAH KOMUNIKASI GLOBAL DIPTYQUE

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 Mengapa semua nama lilin Diptyque dalam bahasa Perancis? Kenapa tidak diterjemahkan? Mereka ingin main dengan hurufnya. Labelnya agak sukar untuk dieja jadi ia menjadi satu permainan yang menarik untuk pelanggan. Dancing letter. 2 Bagaimana ia bermula? Adakah bermula dengan penjualan lilin atau sebaliknya? Pertama mereka menjual lilin kemudian mereka lancarkan koleksi EDT dan beberapa produk seterusnya. Kemudian pasaran menjadi sedikit rumit dan mereka mulai mencari beberapa lagi produk untuk dilancarkan. Satu tentang mereka (pengasas Diptyque) adalah mereka bukanlah membuat perniagaan ini atas keinginan wang tapi semuanya berlandaskan minat dan idea untuk dikongsi bersama. Boleh dikatakan Diptyque adalah jenama pertama menghasilkan lilin aroma di Eropah waktu itu. Sama seperti wangian, kami meghasilkan wangian yang uniseks sesuai untuk wanita dan lelaki. 3 Apakah keistimewaan lilin Madeleine ini selain daripada aromanya? Rekaan bekas lilin ini. Semuanya adalah buatan tangan, coraknya adalah berbeza pada setiap bekas kerana agak mustahil untuk mendapat corak yang sama dengan hasil buatan tangan pada enamel ini. Ada yang lebih gelap, ada yang lebih kepada kelabu dan kehijauan. 4 Rekaan botol wangian Essence Insensees ini agak maskulin dengan botol gelap dan bentuk geometrik adakah wangiannya juga begitu? Ia agak bertentangan sebenarnya. Jika anda bau wangian ini ia sebenarnya sangat feminin dan lembut. Kaya dengan aroma flora dan segar. Ia satu kontra yang cukup menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.