DEFINISI WANITA BOSS BARU

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sejak mula menduduki kerusi Pengarah Artisitik BOSS Womenswear dan memulakan era baru rumah fesyen Jerman itu sejak 2013, Jason Wu mempunyai visi unik dalam menterjemahkan kod asal BOSS Menswear yang berkuasa dan mewah kepada sisi wanita. Dan inspirasi yang hadir dari act of getting closer, dia mula mencari definisi wanita BOSS dengan meyatukan keduadua dunia itu. Jason Wu memberi penghormatan kepada kualiti yang membentuk lelaki BOSS, dan melahirkan pasangan yang serasi iaitu wanita yang berkuasa, bergaya dan sensual. Jason Wu turut menyedari setiap wanita BOSS memerlukan satu haruman baru untuk melengkapi keseimbangan sensualiti dan keyakinan yang menjadi tunjang identiti wanita hari ini. Membiaskan pada estetika menggoda dan feminin yang digunakan untuk BOSS Womenswear, dia mencipta haruman pertama yang berjudul BOSS THE SCENT buat wanita dalam menghidupkan sisi kontra maskulin dan feminin yang dinamik.

Seperti gaun yang direka sempurna, botol BOSS THE SCENT buat wanita dicipta dengan semangat menggoda. Garisan sleek dan sofistikated pada desain botol terus ke bahagian atas iaitu rekaan cufflink BOSS. Cufflink ikonik ini dijadikan inspirasi utama dalam melantangkan idea, dan setiap putaran kancing akan menyatukan dunia lelaki dan wanita menjadi satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.