KARLBOX EDISI TERHAD

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Karl Lagerfeld dan Faber-Castell bekerjasama untuk melancarkan KARLBOX iaitu koleksi alat seni mewah edisi terhad. Hanya 2,500 KARLBOX dijual di kedai-kedai Faber-Castell, butik Karl Lagerfeld di seluruh dunia serta di Harrods, London. KARLBOX mengandungi 350 alat seni untuk melukis dan mewarna manakala kotaknya yang serba hitam direka oleh Karl sendiri. Bentuk kotak kayu yang menyerupai cabinet perkahwinan Cina menyusun warna-warna menawan dan juga dipilih sendiri oleh Karl sebagai simbol sinergi antara fesyen, seni dan rekaan. Untuk kekal lebih unik, setiap kotak hadir dengan nombor siri dan sijil pengesahan. Setiap KARLBOX dijual pada harga RM12,500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.