MITOS TENTANG KANSER PAYUDARA

EH (Malaysia) - - Realiti -

1. Merokok tidak akan menyebabkan kanser payudara. Kaitan di antara kanser payudara dan merokok serta merokok secara pasif masih dijalankan. Walaubagaimanapun, merokok mengurangkan jangka hayat seseorang yang telah disahkan menghidapi kanser payudara. 2. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2002 untuk meneliti kaitan di antara kanser payudara dan deodoran tidak menunjukkan peningkatan risiko kanser payu dara pada wanita. Begitu juga dengan wanita yang menggunakan pisau cukur tanpa elektrik dan deodoran, serta wanita yang menggunakan deodoran dalam masa satu jam selepas bercukur. 3. Cara memakai coli, memakai coli sepanjang masa atau apa yang anda pakai dan cara bagaimana payudara disentuh tidak ada kesan ke atas risiko kanser payu dara. 4. Tidak ada bukti yang dapat mengaitkan saiz payudara dengan risiko kanser buat masa ini. 5. Setakat ini, tiada kajian yang telah membuktikan anti-oksidan seperti Vitamin E dapat mencegah kanser payu dara atau mengelakkan kanser payudara berulang. 6. Coli yang berwayar boleh menyebabkan kanser payudara. Tiada kajian dan bukti yang kukuh untuk menyatakan fakta ini menjadi punca kanser payudara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.