BANTUAN PESAKIT KANSER PAYUDARA

EH (Malaysia) - - Realiti -

Jika anda mengesyaki anda mempunyai kanser payudara, terdapat pelbagai organisasi yang boleh menbantu anda dalam mengatasi masalah tersebut. Antaranya organisasi National Cancer Society Malaysia (NCSM). NCSM turut menyediakan bantuan kepada mereka yang ingin mendapatkan perhidmatan berkaitan rawatan kanser payudara. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah melakukan pemeriksaan di Klinik Saringan Kanser yang mana klinik ini merupakan pusat diagnostik setempat yang menyediakan khidmat pengesanan kanser dan pemeriksaan kesihatan untuk lelaki dan wanita pelbagai umur. Perkhidmatan yang disediakan di pusat ini adalah termasuk pemeriksaan payudara sendiri dan cara pemakaian payudara palsu bagi pesakit yang baru menjalani pembedahan payudara.

Selain itu terdapat juga perkhidmatan yang lain termasuk ujian pangkal rahim, mamografi digital, ultrasound, biopsy, vaksinasi HPV, ujian density tulang dan pemeriksaan kesihatan am pada kadar minimum. Terdapat juga perkhidmatan yang dijalankan oleh bahagian Pusat Sumber dan Kesejahteraan. Pusat Sumber dan Kesejahteraan merupakan pusat informasi setempat untuk memperkasa para pesakit, kaum keluarga dan penjaga dalam menangani kanser. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk sesi kaunseling, sesi bersama kumpulan sokongan, perpustakan, nasihat dari pakar nutrisi dan juga menjalankan aktiviti, bengkel dan kelas seperti urut, aromaterapi, yoga dan qigong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.