ANDA MENYERTAI KELAS LAKONAN?

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

ukan mudah untuk saya merakam wajah pelakon 24 tahun ini. Setiap kali saya berhubung dengan pihak Redza, mereka akan memaklumkan bahawa tarikh yang dipilih bercanggah dengan jadual Redza. Dia mungkin berada di luar negara untuk penggambaran mahupun berada di Malaysia namun terikat dengan komitmen lain. Ogos lalu saya sempat merebut peluang untuk berjumpa dan menemu bual pelakon yang pantas mendapat tempat menerusi siri Seindah Takdir Cinta ini. Redza seorang yang peramah dan tutur bicaranya mengenai karier dan kehidupan secara umumnya menonjolkan kematangan seorang pelakon walaupun masih mentah dalam industri ini.

Ada, dengan ibu Fauziah Nawi. Belajar dengannya sememangnya susah. Saya seorang pemalu sehinggakan dulu saya tidak boleh bercakap atau bertentang mata dengan perempuan. Mereka melatih saya supaya lebih selesa dengan diri sendiri dan lama-lama saya berjaya buang sedikit rasa malu walaupun masih bersaki-baki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.