FILEM POPSTAR PENGARAH PELAKON VERDIK

EH (Malaysia) - - Liha + Dengar + Baca -

The Lobster Yorgos Lanthimos Colin Farrell, Rachel Weisz, Lea Seydoux, Ben Whishaw

Pertama kali saya menonton trailer filem ini adalah selepas membaca satu artikel di Esquire yang mana tertulis bahawa The Lobster adalah filem yang terbaik tahun 2016. Dengan penuh rasa curiga, saya rasakan ia adalah filem paling pelik namun charming yang pernah saya tonton sepanjang hidup.

Filem ini wujud dalam dunia yang jauh berbeza dengan dunia sekarang yang mana dalam dunia ini, tiada individu boleh kekal bujang. Undang-undang dunia ini menjelaskan kedudukan orang bujang dan orang berpasangan dan bagi mereka yang berpasangan pula, mereka harus membekalkan dokumen yang mengesahkan perhubungan ini. Orang bujang pula akan dibawa ke sebuah hotel yang mana mereka mempunyai 45 hari untuk mencari pasangan mereka di kalangan orang bujang yang lain. Jika mereka tidak mampu melakukan perkara ini, mereka akan ditukar menjadi haiwan pilihan mereka dan mula mencari pasangan sebagai haiwan pula.

Pelik bukan? Namun ada sesuatu yang menarik saya untuk melihat filem ini dengan lebih lanjut. Mungkin kerana kemunculan Colin Farrell yang membawa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.