SAMSUNG GALAXY NOTE 7

EH (Malaysia) - - Liha + Dengar + Baca -

Gabungan produktiviti dan hiburan jelas ternyata pada Samsung Galaxy Note 7 yang lengkap dengan S Pen. Pengguna boleh melukis inspirasi mereka tanpa unlock telefon pintar mereka dengan menggunakan memo Screen Off dengan S Pen. Malah dengan S Pen juga, pengguna boleh mencipta animasi GIF dengan fungsi Smart Select. Hujung S Pen 0.7mm memberikan tekanan dan sensitiviti hampur seperti pen sebenar malah ia juga kalis air. Samsung Galaxy Note 7 hadir dengan skrin 5.7 inci QHD Super AMOLED yang memberikan imej terang dan menawan malah lengkap dengan video HDR bagi memastikan video yang ditayangkan berkualiti tinggi. Telefon pintar ini hadir dengan 64Gb memori dalaman dan slot microSD 256Gb, dan boleh didapati dalam warna Gold Platinum, Silver Titanium dan Black Onyx pada harga RM3,199.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.