BUSANA, SOLEKAN & DEKORASI

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Antara sesi yang dinantikan tentulah sesi busana pengantin bersama Datin Lynda Rahim. Pengasas label Lynda Rahim yang berpangkalan di Bangsar itu berkongsi tip bagaimana memilih busana perkahwinan yang sesuai. Tidak terhad berbicara tentang trend semata, Datin Lynda juga berkongsi panduan memilih fabrik, perincian, potongan juga warna yang bersesuaian dengan ton kulit. Datin Lynda juga membawa beberapa contoh busana perkahwinan hasil rekaannya pada hari itu. Kalau anda masih ingat lagi, Datin Lynda Rahim juga bermurah hati menaja hadiah busana perkahwinan untuk pembaca EH! Edisi Julai lalu yang bernilai RM10,000. Usai makan tengahari, sesi solekan menyusul yang mana kami mengundang Camiellia Choo, Pelatih dari Laneige yang berkongsi dengan peserta cara-cara menyediakan kulit juga solekan yang sesuai dengan majlis perkahwinan. Dalam solekan sebagai ratu sehari, solekannya mestilah cantik dillihat terus juga cantik dirakamkan di dalam gambar. Namun untuk mendapat solekan yang cantik, kulit yang sihat dan cantik berseri secara semula jadi sangat penting. Bila kulit sudah cantik, lebih senang kerja jurusolek.

EH! & Cosmo Bridal Workshop ditutup dengan sesi bersama Faizul dari Glam Weddings. Jika ada yang tidak tahu Glam Weddings adalah sebuah organisasi perancang perkahwinan yang diasaskan oleh pereka fesyen ternama Rizalman Ibrahim. Sewaktu sesi ini berlangsung, Faizul berkongsi variasi ilham dekorasi perkahwinan dan bagaimana mendapatkan tata gaya berdasarkan bajet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.