PENAYANGAN DOKUMENTARI THE COFFEE MAN

EH (Malaysia) - - Sekitar -

IJM Land menganjurkan Good Coffee Day di ICE Gallery, Pantai Sentral Park bagi menayangkan dokumentari The Coffee Man. Dokumentari 80 minit ini menumpu kepada Sasa Sestic, warga Australia yang juga merupakan pemenang World Barista Championship 2015 di Seattle dalam kembaranya untuk mencari kopi terbaik di seluruh dunia. Dirakam selama 14 bulan di Australia, Amerika Syarikat, Ethiopia, Honduras serta Colombia, penonton disajikan dengan kisah yang bukan sahaja berkisar tentang kopi, malah mengenai seorang lelaki dengan minat dan cita-cita yang tinggi untuk menguasai kebolehan yang ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.