KONSERT BRYAN ADAMS DI MALAYSIA

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Penyanyi Canada, Bryan Adams bakal mengadakan konsert pada 21 Januari 2017 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam sempena pelancaran albumnya yang ke-13, Get Up (Ume). Tiket untuk konsert yang dinamakan Bryan Adams ‘The Get Up Tour’ Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM699 (VIP), RM488 (Diamond), RM388 (Platinum), RM288 (Gold), RM188 (Silver), RM128 (Bronze-1) dan RM98 (Bronze-2). Albumnya telah terjual sebanyak 65 juta di seluruh dunia malah mendaki kedudukan pertama dalam carta di hampir 40 negara. Juga pernah menerima Anugerah Golden Globe sebanyak lima kali dan Anugerah Akademi sebanyak tiga kali atas penulisan lagu untuk filem. Video muzik single pertama album ini ‘Brand New Day’ menampilkan pelakon Helan Bonham Carter dan penyanyi Theo Hutchcraft.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.