MIA GOTH

EH (Malaysia) - - ‘it Girl’ -

Mia Gypsy Mello Da Silva Goth atau lebih terkenal dengan nama pentas Mia Goth adalah model dan aktres muda kelahiran Southwark, London. Baru mencecah usia 22 tahun, dia mula mencipta nama di Hollywood selepas memegang watak sebagai P dalam filem sarat kontroversi Nymphomaniac: Vol. II selain filem Everest dan The Survivalist. Cucu kepada aktres Brazil, Maria Gladys ini dibesarkan di Brazil sebelum berpindah semula ke kota London pada usia 12 tahun. Setahun selepas itu, dia ‘ditemui’ oleh Storm Model Management dan bermulalah kariernya sebagai model fesyen.

Berbekalkan wajah yang pucat dan kening perang, dia telah menarik perhatian Miuccia Prada untuk memilihnya sebagai wajah kempen Miu Miu untuk musim bunga/panas 2015. Walau bagaimanapun, kempen itu mencipta kontroversi selepas diharamkan oleh Advertising Standards Agency (ASA) di United Kingdom selepas menerima aduan pengguna yang menyatakan ia mempromosi seksualiti model bawah umur. Ketika kempen itu disiarkan, Mia Goth sudah berusia 22 tahun. Rupanya yang kelihatan jauh lebih muda adalah antara sebab pengharaman kempen yang dirakam Steven Meisel itu. Dia dikhabarkan telah bertunang dengan pelakon Shia LaBeouf selepas pertama kali berjumpa di set penggambaran filem Nymphomaniac: Vol. II pada 2012.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.