MILIKI KULIT REMAJA DENGAN THE FACE SHOP THERAPY FIRST SERUM

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

The Face Shop telah melancarkan produk terbaru anti penuaan The Therapy First Serum. Ia direka khusus untuk langkah pertama dalam rejim kecantikan. Bersempena dengan pelancaran produk tersebut, para media telah dibawa ke The Chateau Welness Spa & Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi untuk mencuba sendiri keistimewaan The Therapy First Serum ini. Terbukti serum ini dapat memulihkan keseimbangan serta meningkatkan penghidratan untuk kulit yang lebih berseri dan sihat. Disyorkan memakai serum ini selepas mencuci muka sebelum memakai toner. The Therapy First Serum (RM148.29).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.