6. Kulit Kombinasi

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

idak semua orang lahir dengan memiliki kulit wajah dan tubuh yang cerah, mulus, gebu, berseri dan sihat. Sekiranya ada, itu bonus. Siapa yang tidak mahukan kulit yang sihat, lembut dan bersinar? Semua orang diseluruh dunia ingin memilikinya bukan hanya wanita sahaja, lelaki juga dambarkannya.

Malas, tidak cukup masa dan tidak tahu cara yang betul untuk menjaga kulit bukanlah alasan untuk tidak boleh memiliki semuanya itu. Sekiranya anda boleh luangkan masa melepak bersama teman, apa salahnya jika anda luangkan sedikit masa bagi merawat atau menjaga kesihatan kulit wajah dan tubuh.

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah memahami keadaan kulit anda terlebih dahulu. Apa yang diperlukan dan apa produk yang sesuai untuk dipakai supaya tidak timbul sebarang masalah. Senang bukan? Selain itu, anda juga perlu mengambil makanan yang sihat dan ambil tahu tentang khasiat makanan yang diambil.

Kulit yang sihat akan terpancar keseriannya walaupun tanpa sebarang solekan dan kulit tubuh yang sihat juga akan terserlah kilauannya dengan sendiri.

Jenis kulit ini memiliki bahagian wajah yang kering dan berminyak. Zon-T merupakan area yang sering memproduksi minyak sedangkan bahagian pipi lebih kering. Cara untuk merawatnya pilihlah pelembap bebas minyak dan disarankan juga anda menggunakan krim tabir suria bagi melindungi kulit dari sinar matahari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.