REVIU

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Satu demi satu kenderaan MPV hitam menurunkan para media dari seluruh Asia di hadapan destinasi previu koleksi eksklusif ini yang bertempat di Center 548, New York. Media semua berkumpul di hadapan sebuah pintu besar yang tidak siapa dapat menjangkan ia sebenarnya lif besar yang ternyata mampu memuatkan sebuah kereta. Apabila semua media telah tiba, kami dibawa ke lokasi pameran di aras pertama. Disambut dengan iringan muzik filem pendek koleksi ini yang dirakam Sarah Moon cukup menenangkan. Sejurus kami di bawa masuk, kesemua 11 rakaman imej untuk koleksi ini dipancarkan atas kepingan slaid gantung dengan berlapis-lapis. Menyuntik elemen cukup dreamy dan feminin dengan paparan imej dan video berkonsepkan futuristik yang bernostalgia “Metropolis”. Setiap satu imej memberi refleksi Sarah Moon termasuk filem pendek yang dirakam yang mana setiap lenggoknya tampak cukup natural dan bukan seperti diarah ‘berposing’ sama seperti semua hasil kerja Sarah. Selesai di bilik pameran, kami dibawa ke ruang interviu bersama Sarah Moon sendiri. Usai interviu semua media diberi peluang untuk mencuba koleksi eksklusif ini diikuti dengan majlis koktel bersama Sarah Moon dan Francois Nars.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.