MINUMAN TEH HERBA ORGANIK

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Pukka Tea yang diasaskan pada tahun 2001 oleh Sebastian Pole dan Tim Westwell. Rasanya diilhamkan daripada Ayurveda iaitu tradisi purba India. Semua teh Pukka adalah 100 peratus organik dan campuran tehnya dilakukan oleh Sebastian sendiri. Teh paling laris dalam koleksi jenama ini termasuk Pukka Detox yang menggabungkan biji jintan manis, jintan hitam dan buah pelaga bagi membantu mengawal penghadaman badan. Pukka Tea juga menghasilkan Pukka Womankind yang membantu mengimbang dan menambah khasiat khas buat wanita dengan campuran herba buah kranberi, bunga mawar, bunga raya dan vanila manis. Pukka Tea pernah memenangi beberapa anugerah UK Great Taste Awards termasuk Natural Products Outstanding Achievement Award pada tahun 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.