DESTINASI EDUTAINMENT UNTUK SEISI KELUARGA

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Beralamat di Curve NX di Mutiara Damansara, KidZania Kuala Lumpur adalah taman tema keluarga berkonsep edutainment yang menawarkan pembelajaran interaktif kepada kanakkanak berusia empat hingga 14 tahun. Bertemakan ‘Learn Life Today’, ia mengaplikasikan konsep latihan dan role play buat pengunjung cilik mencuba sendiri pengalaman bertugas dalam 100 jenis profesion daripada 60 ruangan aktiviti yang disediakan. Antaranya termasuklah menjadi doktor, hakim, kakitangan perubatan, pengacara, juruterbang, kru produksi penerbitan media elektronik dan cetak, serta banyak lagi. Selain dapat mencabar kreativiti kanak-kanak, KidZania Kuala Lumpur dapat menggarap kemahiran membuat keputusan, melatih kebolehan untuk berkomunikasi dan membina keyakinan dalam suasana yang menyeronokan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.