KELAHIRAN BFAB

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Bfab atau nama penuhnya “be fabulous” merupakan idea yang terhasil daripada perbualan Raeesa bersama teman rapatnya. “Kami bercadang untuk membuka cawangan spa bersamasama dibawah jenama Amante. Sebelum bersetuju, saya melakukan kajian di talian tentang spa dan salun di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan tiada hasil yang memuaskan. Hanya beberapa salun muncul dalam laman Foursqure dan 12 laman rasmi salun. Ini menjadi pencetus idea untuk membina laman web sebagai platform untuk mengumpul salun dan spa servis kecantikan atas talian di bawah satu bumbung,” jelasnya lagi.

Raeesa bersama pengasas bersama Pawel dan Sergey Gaydar mula mencorak langkah untuk laman web ini selepas ideanya dilontarkan. “Pawel amat berminat untuk menyertai bidang kecantikan kerana baginya peluang dalam industri ini tidak terbatas. Bagi saya, kami memiliki kekuatan tersendiri. Pawel menguruskan perihal jualan dan memastikan syarikat ini kekal on-track. Oleh kerana sebelum ini dia pernah menjadi Pengarah Urusan di FoodPanda Rusia, jadi bekerja di syarikat teknologi e-commerce bukan satu masalah. Sergey pula bertindak sebagai CMO (Ketua Pegawai Pemasaran) Bfab. Dia pernah bekerja di Groupon Rusia dan memiliki latar belakang dalam pemasaran digital. Bagi saya pula, kekuatan saya lebih kepada pembinaan komuniti, penjenamaan dan perhubungan awam. Gabungan kami bertiga kuat kerana masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri dan saling membantu untuk memajukan perniagaan.”

Buat masa sekarang Bfab bekerjasama dengan lebih 600 salun, spa serta jurusolek malah servis potongan rambut dan berurut antara servis yang mendapat sambutan paling galak. Ditanya mengenai cabaran yang paling sukar dia hadapi sepanjang karier di Bfab, jawab Raeesa kebanyakan cabaran adalah untuk memastikan orang ramai menggunakan Bfab. “Ia sesuatu yang amat baru dan memerlukan sedikit ilmu kerana di Malaysia, kami merupakan orang pertama yang melancarkan laman web dengan konsep ini.

“Bagaimana anda memastikan Bfab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.