INSPIRASI DALAM HIDUP

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Raeesa mengagumi Peter Thiel iaitu pengasas PayPal dan juga merupakan salah seorang pelabur terawal Facebook. “Dia menulis sebuah buku berjudul Zero to One dan ia antara buku paling bagus saya pernah baca. I really look up to him. Saya juga mengagumi Sophia Amoruso. Selepas membaca buku Girlboss penulisannya, saya dapati kami mempunyai banyak persamaan. Dia pernah menjalankan perniagaan melalui MySpace sama seperti saya yang menjual kasut dan baju di laman sosial tersebut pada tahun 2005. Saya berharap saya dapat menjadi sepertinya suatu hari nanti dan mungkin keluarkan buku sendiri.”

Pabila ditanya bagaimana dia gambarkan dirinya dalam masa 5 tahun, Raeesa tergelak dengan gembira. “Sudah mendirikan rumah tangga, hanya duduk di rumah dan membuat kuih! Oh I wish. Sebenarnya saya mahu Bfab berkembang di seluruh Asia Tenggara dan menjadikan ia satu jenama yang besar dan dikenali ramai. Pada masa yang sama saya mahu memulakan komuniti yang mana saya ingin wanita-wanita yang mengasaskan syarikat mahupun yang bagus dalam kerjaya untuk bertemu, berkongsi idea dan pengalaman serta membantu antara satu sama lain.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.